Yela-yela, ada orang bising buka blog je asyik-asyik pasal bulan, sikit-sikit pasal bulan. Bila entah mahu update entry baru. Jadi, solusi dia, terhasillah entry ini. Hehee.
Sebenarnya baru pulang dari Johor malam tadi. Urusan kerja 3 hari dan extend 1 hari untuk berjumpa my cousin, Kak Lang and family. Seriyes dah jatuh hati sama Johor.
Tapi yang I nak cerita ni adalah Johor versi 2.0 ya tuan-tuan dan puan-puan.
28th - 30th December 2012.
Misi asal: Menghadiri majlis pernikahan Ashaheeda & Hilmi bersama Hazira Azly.
Day 1.
Jalan-jalan sekitar Legoland dan Medini Mall!
Jalan-jalan sekitar Hello Kitty Town!
Jalan-jalan sekitar Danga Bay sebelah malamnya untuk makan malam yang lazat ini.
Day 2.
Jalan-jalan sekitar JPO. Shopping lagi!
Jalan-jalan sekitar Plaza Angsana. Berjumpa Kak Lang, Abg Nazri, Aiman and Aleya. Masa datang tu ada perasmian kelab bola sepak Johor. Memandangkan nephew I si Aiman ni fanatik Harimau Selatan, maka, kita harus support dia.
Yaa ini dia pernikahan Ashaheeda & Hilmi. Selamat pengantin baru dan selamat menjalani kehidupan berumahtangga. Barakallah! :)
Day 3. Ke Subang kami pulang.
Dan menghadiri majlis perkahwinan kawan sekerja dari Kurnia dahulu, Ain & Fauzey. Barakallah!
Terima kasih Hazira Azly, nanti kita plan next trip!
Johor versi 3.0 sila skrol lagi ke bawah.


No comments:
Post a Comment