Jun 28, 2012

A Little Bit Of Johor Bahru and Singapore.

Hello hi. This is going to be a travelogue kinda post and it's going to be very very very looooongggg. Heehee. Check out the cool tips I give if you happen to go to these places :)

My friends; Sumayyah, Aisyah, Iman and I just got back from our mini gateaway vacation or maybe the pre exam holiday at Johor Bahru and Singapore! Yaaayyy. It was planned a month earlier. We decided to go during the study week because our first paper starts on July 2nd, and after the exams we'll be having our Project Paper presentation then Ramadan is coming so that's why. Now let the adventure begin.

Day 1. 24062012. Sunday

LCCT. Pengurusan penerbangan oleh Iman. Terima kasih.
Cost RM 54.

7.25am. Flight from LCCT to Senai Airport, Johor. Arrived at the Senai Airport at 8.22am. Headed to Aisyah's house in Kulai. Had roti canai for breakfast. Lepak-lepak, pesta durian, masak-masak for lunch.

Heaven tak heaven I bagitau :D

Air tangan Aisyah, dibantu oleh yours truly. Ehem ehem.
Daging black pepper, sayur goreng belacan and telur dadar. Simple!

Around 4pm we went sightseeing Johor. Jalan-jalan di sekitarnya. Pergi cari money changer tukar Singapore Dollar. Rate waktu I tukar tu, SGD 1 bersamaan RM 2.495. Jalan-jalan IOI Mall Johor. Haa baru tau IOI ada kat Johor. Ingat di Puchong saja.

Ada tujuan sebenarnya, mencari camera lens filter. Haa tu dia kantoi camera jatuh gedegang. Macam mana boleh jatuh? Nak salam mak Aisyah tapi tak sedar and tak ingat macam mana pegang camera so benda nak jadi, dia jatuh lah. Hati sayu je risau-risau. Dah la termencarut masa jatuh tu depan mak Aisyah pulak tuu. Nasib baik bukan bakal mak mertua. Kalau tak habis terus kena reject. Hahaha!

Malangnya camera filter tiada dijual di IOI Mall. Haruslah ke Plaza Angsana. Tapi singgah dulu di Johor Premium Outlet atau lebih mesra panggilannya JPO. Nak feeling oversea tu ada lah sikit. Dia bukannya macam shopping malls biasa, yang kedai-kedai dalam satu bangunan. Kedai-kedainya semua di luar. Sale bukan main meriah tapi kemain I saving duit untuk Singapore. Hehe. Yang tak best JPO ni parking space dia kecil. Jenuh tengok kereta besar masuk parking. Disebabkan tiada camera, maka tiadalah gambar di JPO. Sob sob.

Then off to Plaza Angsana. Alhamdulillah nasib baik jumpa kedai boleh repair dan melayanglah duitku RM 60. Terima kasih kawan-kawan sebab back up RM 20. Total cost repair camera ialah RM 80. Melayang duit nak shopping kat Singaporee. Aaaaahhh *menangis*

Next destination is rumah abang Aisyah di Kulai. Tujuan sebenar ialah Aisyah nak pinjam kasut her sister-in-law. Alang-alang dah malam, dia ajak dinner sekali. Hehe memang jimat kos duit makan. Had nasi goreng kampung and satay. Sambil-sambil layan Masterchef Selebriti dan melayan anak-anak buah Aisyah main-main. Then we went back to Aisyah's house and refill our energy for tomorrow's adventure!

Day 2. 25062012. Monday

I woke up at 5am and heard the TV noise. Rupanya England dan Italy masih bermain. Haa bertemu Italy di semi-finals nanti melawan Germany. Okay lari topic pula. We had breakfast at Aisyah's. Her mom prepared burning bread (kalau tengok Oh My English korang faham ini, kalau tak, perkataan lainnya ialah toast) and also karipap. But we were kinda late so decided to bungkus the karipap and makan dalam kereta tapi sedihnya tertinggal tupperware itu. Huuuhu. Around 6.30am we headed from Kulai to Tune Hotel Danga Bay untuk kejar shuttle bus to Sentosa Island. 7.45am kami bergerak ke Singapore. Nak cerita ke apa berlaku di Immigration? Haha takyah lah. Kitorang lari-lari ala-ala Amazing Race. Depa cop-cop passport je. Hehe. We arrived at Sentosa Island at 9.30am, terus headed to Universal Studios Singapore.

10am. Saat dinanti. Teruja bukan main.
Pengurusan tiket USS diuruskan oleh Aisyah. Terima kasih.
Cost RM 163 / SGD 64

Tips: Pergilah time bukan waktu Peak. We went there during Peak Day. Tak sure kenapa. Mungkin Indonesia cuti sekolah? Sebab ramai Indonesian kat sana. Lagi satu murah daripada biasa sebab bayar menggunakan Maybank Visa. Jadilah pengguna Maybank Visa so boleh dapat murah sikit and dapat free goodies, first come first serve basis at selected counter. Wahhh!

@ New York

-- Masuk-masuk terus terjah Lights Camera Action!
Tips: Sila pergi sini dulu so that bila dah jalan-jalan and naik ride tak bosan nak masuk sini. Kat sini dia tunjuk bagaimana cara-cara penggambaran dilakukan. Cewah!

You'll be seeing characters along the streets to snap pictures with :)
Tips: Jangan risau sebab bila jumpa characters, akan ada photographers yang tolong ambilkan gambar. Cumanya kadang-kadang diorang bagi one group one shot je, tak boleh sorang-sorang. Tapi ada yang baik, kasi je. :)

@ Hollywood

-- Monster Rock. A kinda-like musical theater. Best part is when you know the song and you can sing along. Not so best part when you're sleepy in the theater. Haha!

-- Mel's Dinettes. Interesting performance by the waitresses. Boleh join joget sekali :D

Mel's show and Mel's waitresses

Rostker's Insurance Agency
Haa memang tempat kitorang akan kerja bakal-bakal actuary :P

Feeling-feeling RETIS la gaya ni lari dari Paparazzi hehehe

Lunch at Mel's Drive-In
My meal is the fish set. SGD 12.00.

@ Sci-Fi City

Transformers The Ride: The Ultimate 3D Battle
This is the best and awesome ride ever! Tak, dia tak laju sangat pun tapi dia best!! Beratur panjang, siap naik twice!

Bumblebee :')

Optimus Prime!

-- Accelerator. Benda ni saje je pusing-pusing kasi pening-pening kepala. But tak laju sangat pun. Biasa-biasa je. Cewah, berlagak sikit ah. :P

Battlestar Galactica. Two types: Cylon (blue ride) and Human (red ride)

-- Battlestar Galactica: Cylon. I cuak dan cemas naik ni sebab risau akan kesihatan tulang belakang. Yelah, I kan ada besi dekat my spine so sangatlah risau tapi nak naik juga. Jadi I selawat baca doa banyak-banyak. They said this is the extremest ride at the USS. I just need to be careful. But once dah naik the ride, fulaamaak wehh syok gila I tell you. Walaupun lepas tu I pening-pening tapi syok la weh roller coaster ni. Siap terbalik-balik atas angin, when roller coaster tu turun, terasa gayatnya. I confirm la jerit jerit. Bukannya takut, cuma the fun and the excitement enjoying the ride :D

-- Battlestar Galactica: Human. Elleehh dah naik Cylon so tak rasa apa-apa dah naik ni.
Tips: make sure naik Human dulu baru naik Cylon okay kawan-kawan.

Inilah Battlestar Galactica tu

@ Ancient Egypt

-- Revenge of the Mummy. This is the indoor roller coaster. Takut tak takut, tak nampak apa. Gelap je. Yang best bila dia reverse. Laju tak laju sangat, tapi still best.
Tips: Take this ride before the Battlestar Galactica Cylon. Before tau, before!

Cey, konon takut lettewww

-- Treasure Hunters. Ini ride paling boringgggg. Untuk kanak-kanak bolehlah. Untuk orang dewasa macam kitorang, penat je beratur. Hahaha dah la panjang and lama tunggu. Ride ni macam naik choo-choo train sahaja.
Tips: Kalau nak naik juga sebab dah bayar, pergi time takda orang beratur. Okay?

@ The Lost World

Jurassic Park Rapids Adventure. Ini ride atas air. Guarantee basah dan lembap.
Tips: Bring your own raincoat if you do not want to get wet. But you can still buy the USS raincoat costs SD 3. Kalau baca tips kat certain blog, depa advice bawa baju extra. But let me tell you just not to. Haha. Because your baju and seluar will dry as you walk after the ride. Kasut basah lembap standard lah. Takkan nak bawa kasut extra? Pikul la beg sorang-sorang. :P

-- Canopy Flyer. Not so much to tell. Ala-ala naik cable car versi laju daripada biasa.

Water World.
Ini live show yang awesome. Since we had the raincoat, kitorang duduk depan, dekat soaking area. Memang basah tak hengat la, kena splash air, kena tembak air, semuanya air. Stunt diorang pun boleh tahan. Meletup-letup, keluar api asap bagai. Sangat menarik.

@ Far Far Away


-- Shrek 4D Adventure. Seperti 4D Adventure yang lain, cumanya kitorang punya excited sampai duduk depan sekali then somehow screen tu tak dapat tengok dengan jelas. Macam tengok wayang duduk paling depan sekali la kiranya. Pastu I rugi sebab tak rasa labah-labah yang datang dekat kaki sebab kaki tak cecah lantai. Hoi bukan hantu la. Tapi duduk tak betul. Kehkeh. Seperti biasa, Shrek and Fiona live happily ever after. Haha!

Bersama  Encik Shrek dan isteri :P

-- Enchanted Airways. Haaaa jangan tak tau kitorang at first underestimate "naga" ride ni. Mula-mula kata oh takde pape, sekali hamekk kau. Haha. Takdelah laju pun, tapi terpusing-pusing jugak lah.

@ Madagascar

-- Madagascar Boogie Show by Alex, Gloria, King Julien and the Penguins!
tapi disebabkan boleh ambil gambar dengan salah satu character je, kami beratur pilih Gloria. Tapi salah beratur dekat the Penguins. Hahaha!

Disebabkan time masuk Madagascar ni dah petang dalam 6pm macam tu, maka tak sempatlah nak merasai A Crate Adventure and King Julien's Beach Party Go Round, walaupun tahu kanak-kanak je yang akan suka. Tsk tsk.

7pm semua ride and show dah tutup, maka kita pergi shopping di Universal Studios Store! Haa pilih pilih. I beli fridge magnet untuk bonda supaya boleh tampal di peti ais lah of course, takkan di muka I pulak. Hewhew. Harganya SGD 4.90

 Botol air Optimus Prime haa jangan tak tau SGD 28.75
Tshirt Transformers USS berharga SGD 33.90 untuk adik I
Baik kan kakak ni? Haha alang-alang nanti I boleh pinjam sekali :P

Shopping tips: Kalau berkenan beli je. Dari menyesal tak beli, lebih baik menyesal beli. Hehe. One more thing, dah nampak tu, grab je. Jangan nak survey-survey sangat nanti at the end mengejar masa. Kalau takda benda nak dikejar seperti bas, takpalah.

Alaaaaa. Dah habis dah ke di USS? Sob sob. Rasa sekejap sangat. I'm gonna make it a next time!

7.30pm kejar bas. Baik betul semua orang yang tunggu kitorang dalam bus. Uncle tu siap jemput kat escalator lagi. Hahaha *padahal lambat 8 minit*. Dalam pukul 9pm, tiba di Tune Danga Bay dan checked-in.

Pengurusan hotel diuruskan oleh Sumayyah. Terima kasih.
Penginapan satu malam di Tune Danga Bay, two rooms attached (we asked for it cause we're cool like that), with airconds and toiletries, costs us RM 44 per person only. Murah tak murah I cakap you.
Edit: RM 44 is inclusive of shuttle bus return ticket Tune - USS. Actually RM 23 if ticket bas sahaja but bila sewa bilik sekali, jadilah RM 44. But still, murah tak murah I cakap you :P

10.30pm. Dinner with surprise surprise, Teacher Ika at the famous restaurant in JB, Singgah Selalu. Heeeyyy rindu Ika sangat tau! I had the nasi goreng belacan ala thai, otak-otak, apple juice and takoyaki shared with Sumayyah. Dinner treat by Ika. Heee thank you so much Teacher! :P

Third day. 26062012. Tuesday

Checked-out from Tune Danga Bay and bergegas ke Larkin Bus Station to go to Singapore again. Tiket bas RM 2.50.


Arrived at Singapore around 10am. Singapore was super hot, sama je macam Malaysia sampaikan I bought a sunglass haha cost me SGD 6.90. We took MRT from Bugis to Raffles Place to see the Merlion, the personification of Singapore!

MRT Return Ticket Bugis - Raffles Place SGD 2.20

Haruslah bila jumpa cermin besar camni kita ambil gambar!

Seronok dapat finally see the Explanade depan mata

Suka building ni. Tapi taktau nama. Yang penting pernah masuk Amazing Race Asia

Sadly the Merlion is on holiday, so only get to see the mini merlion. Tsk tsk.
 Nampak tak kekecewaan kami?

 This picture is supposed to have the background of the plane-shaped building tapi takpelah, salah kitorang tak bagitau ibu dari Indonesia tu nak background macam mana. Tsk tsk

Saja nak tunjuk awan yang cantik. Subhanallah!

After Merlion Park we went to Bugis Street and shoppingggg!! Hehehehehe. Bugis Street is kinda like Petaling Street. Was kinda crowded. But shopping punya pasal kita layan saja. Shopping punya shopping tak ambil gambar pun. Shopping punya shopping I habis around SGD 26.50.

Penat shopping kita singgah makan di used-to-be-my-favourite restaurant, Long John Silver!! Fuh, kat Malaysia dah takda dah rasanya. Jumpa kat Singapore, apa lagi kita bedal lah. Had the fillet and 3 pieces shrimp set, using coupon, cost me SGD 5.90.

Lepas penat jalan-jalan dan makan-makan, kembali lah ke Larkin dengan menaiki bas bertambang SGD 2.

Sooo yeaaahhh, kesian korang penat baca. That was the mini vacation we had in Johor Bahru and Singapore. Secara budgetnya, I habis around RM 600 untuk percutian tiga hari dua malam ini, termasuk shopping. Kalau tak banyak shop boleh save lagi. Itu pun dah save duit makan sebab banyak makan kat rumah Aisyah and Ika belanja. Hehehe :P Headed back to Petaling Jaya and Shah Alam dengan harapan haruslah study oiii untuk final exam yang bakal tiba.

Now tengah edit video the vacation pula. Thank you Allah for this rezeki. Thank you Mak bagi izin pergi. Thank you Aisyah, Sumayyah and Iman untuk kenangan terindah bersama ini :')

Goodbye Johor Bahru and Singapore! Till we meet again :D

1 comment:

Anonymous said...

Xbgtau ke kos bus shuttel dr tune?hehe bli on9 23..44 tu include shuttel bus..nakkk jugak bgtau kan.haha