Jan 13, 2014

A Little Bit of Melaka.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, #NiksuJalan2 2014 kini dirasmikan.

Off to Melaka this time, for Fana's Bachelorettes Partay.

Gadis yang diraikan.



Bertolak dari PJ jam 2 petang. Selepas 4 jam kami tiba di Melaka. 4 jam termasuk perjalanan mengangkut rakan-rakan dan berhenti di rumah bakal pengantin dan berhenti isi minyak pergi tandas isi top-up touch and go dan makanan minuman dan lain-lain.

Safely arrived and check-in homestay di Jalan Kota Laksamana, berharga RM180 untuk 2 bilik, fully air-conditioned, dapur dan tandas yang lengkap dan bersih.

Hubungi kak Siti 012-9313422 untuk tempahan. Kepuasan terjamin!


8pm. Menuju ke Alai untuk ikan bakar yang sedap dan puas dan kenyang.


Nasi putih, kerang bakar, ikan siakap bakar sambal, ikan siakap tiga rasa, ikan pari bakar sambal, sayur kailan ikan masin, udang masak butter (kot?), sotong goreng tepung, air tembikai satu jug. Total RM174.

Muka kenyang alhamdulillah.

11pm. Kembali tiba di rumah untuk aktiviti-aktiviti dan bermain bersama pengantin. Heads Up, Draw Something, Bingo, Twister, Tumbling Tower, dan sebagainya sebagai pelepas gelak ketawa dan peneman malam yang membawa sejuta kenangan.

Esoknya, check out pada jam kira-kira 1pm dan menuju ke Klebang untuk kesedapan coconut shake dan nasi lemak.

7 set nasi lemak dan coconut shake = RM20.30.
Penulis sedang merindui nasi lemak dan coconut shake ketika menulis entry ini.


Selepas mengisi perut, mari kita pusing dan ronda Melaka Bandaraya Bersejarah ini.





Dan sekarang mari layan sesi camwhoring tujuh sahabat ini.
Take a look at the cute tshirt of I Love Fana. Teringat orang pandang gadis-gadis ini. Mesti mereka tertanya2 di manakah terletaknya Fana itu, kerana kebiasaannya tshirt sebegini ditulis I Love Krabi mahupun I Love (sila isi nama tempat di sini).







Macam biasa, video pendek mengakhiri vacation penulis.




Menemui gadis yang diraikan, semoga berseronok bersama kami. Semoga kami tidak dilupakan bila dah kahwin nanti. Hikhik.

11-12 January 2014
Melaka Bandaraya Bersejarah
Niksu, Fana, Fatin, Intan, Bubu, Julia, Nurul.

No comments: