Mar 13, 2013

A Little Bit of Kuching.

Assalamualaikum.

Yaa kita bertemu kembali. Kali ini I nak bawa uols ke Kuching, Sarawak. Wahwah post berderet semuanya berjalan sakan. Syukur rezeki dari Allah.

Tanggal 20 - 22 Feb lepas, I diamanahkan oleh boss untuk ke Kuching atas urusan kerja lagi. Dan kali ini, seorang diri. Bila boss dah beri kepercayaan, kita harus laksanakan. Ayuh on your mark, get set, go! P/S: Akan kembali meletakkan jumlah pengeluaran wang dan tips berguna if you happen to visit here.

Day 1.

Dari KLIA – Kuching pada jam kira-kira 3.45pm.

 Kuala Lumpur International Airport.
Kos penerbangan diuruskan syarikat.

Makanan dari Malaysia Airline, boleh tahan sedap. Markah kepuasan 3.8/5!

Tiba di Lapangan Terbang Kuching kira-kira jam 6 petang. Lantas disambut Aunty Aisyah, my mother’s good friend when she was in Kuching years ago. Terus Aunty Aisyah bawak ronda-ronda. Cuaca di Kuching hujan tidak berhenti.

 Miumiumiuuu.

Menikmati laksa Sarawak, my second favourite laksa after laksa Johor, di Mom’s Laksa. Markah kepuasan 4.9/5! Kos percuma, Aunty Aisyah belanja. Heheh. Kos sebenar RM4 (normal), RM5 (special).

 Lepas dah kenyang, terus menuju tempat penginapan, Ariva Gateaway Kuching.
Kos penginapan juga ditanggung syarikat. Dari segi accomodation, this place is okay. Dari segi makanan, boleh di-improve sebab tak ada room service dan breakfast buffet tak banyak pilihan. Markah kepuasan 4/5.

Day 2.

Bangun pagi, gosok gigi, mandi, Subuh, dan sarapan pagi di hotel. Kemudian terus ke AmBank Satok. Berurusan kerja dari Satok – Jalan Abell – Tabuan Jaya – Penrissen – Premier 101.

AmBank Satok.
Kos travel hotel - AmBank RM15. Jangan lupa claim!

Kerja kerja kerja, kembali ke hotel jam 7 malam. Mengemaskan diri, dan menanti untuk jalan-jalan Kuching waktu malam bersama Kak Dina, my roomate semester satu diploma dulu. Mencari kek lapis dan ikan terubuk masin yang dipesan ramai orang. Borong jangan tak borong. Kos kek lapis dan ikan terubuk masin RM128.



 Tidak ketinggalan, menikmati mee kolok sapi yang enak sekali di Bimmers. Nampak macam maggi, tapi dah pekena kuah dan sapi dia, pergh, sedap betul! Markah kepuasan 4.3/5. Kos percuma lagi Kak Dina belanja mehehe. Kos kalau bayar sendiri RM4 (biasa), RM5 (special).

Thank you for the night, Kak Dina. :)

Day 3.

Pergi membeli belah dan sedikit souvenirs bersama Aunty Aisyah untuk dibawa pulang dan berkongsi rakan-rakan. Kos shopping RM123. Ke airport untuk penerbangan balik sekitar jam 12 tengah hari.

Menanti penerbangan pulang. Kos rehat santai di Starbucks Kuching Airport RM20.

Sebenarnya sedikit frust sebab tak dapat sight-seeing Kuching sangat. Time was so limited. First day arrive pun dah gelap, second day habis kerja pun dah gelap. Makanya, I'll make a mission, to visit Kuching next time. Thank you AmFT for this opportunity. My first time to even reach Borneo. Thank you Azura and Shakina for the info about Kuching. Thank you Aunty Aisyah and Kak Dina. Semoga dilimpah rahmat dan rezeki selalu buat kalian.

Goodbye Kuching, Kamek sayang kitak. Till we meet again! :)

No comments: