Sedang mensyukuri nikmat aman, tenang, nyaman, sementara masih sempat.
Aku bersyukur aku dapat cuti yang agak panjang. Walaupun dah setengah minggu bercuti baru aku dapat merasakan nikmat ini.
Semalam lewat malam, aku dan rakan2 sekerja bertolak dari Kuala Lumpur menuju ke utara. Aku teruja, sebab memang jarang dapat peluang untuk ke utara.
Aku rasakan jodoh aku untuk ke utara memang tak ada. Dulu, ada wedding kakak ex-roommate di Penang, tapi aku tak dapat pergi. Lepas tu sepatutnya ada treasure hunt ke Penang juga, tapi ditunda. Aku memang rasa jodoh untuk ke utara memang dah takkan valid lagi.
Aku rasa aku pernah pergi pun Bukit Merah Laketown Resort, waktu cuti sekolah semasa di darjah 4 atau 5 dahulu.
Berbalik kepada cerita, kami bertolak kira2 jam 1 pagi dan subuh tu kami dah sampai, cuma belum boleh check in. Misi kami memancing, dan menghabiskan waktu2 bersama sambil2 melarikan diri dari kesibukan dunia kota.
Breakfast untuk 5 orang di Sungai Lalang, roti canai, nasi lemak dan beberapa jenis minuman. Semuanya berharga RM11. Aku tak percaya kemurahan ini.
Kemudian kami sambung mencari lokasi Teluk Bayu ini, sambil2 berhenti mencari barang2 memasak, dan ikan2 untuk dibuat umpan, dan keterujaan jumpa sawah padi. Makan tengah hari di sebuah restoren melayu, Norain Selera Kampung, dan total makan nasi campur 5 orang, lauk ayam percik, daging, sayur, sotong pelbagai beserta minuman, ialah RM36.
Sg Petani, Kedah
Kami sempat singgah di Pantai Merdeka.
---
Lokasi semasa: Petaling Jaya.
(Masa aku type yang perenggan2 atas ni, memang tak dapat nak post pun, sebab tak ada makhluk kuning yang nak "I will follow you" mahupun makhluk biru/hijau/oren di sana.)
Check in di Jerai View, Teluk Bayu kira2 jam 3 petang. Terus memanjakan membersihkan diri dan pasang umpan mancing. Sambil mancing sambil siapkan barang masak di dapur. Menu makan malam ialah sambal goreng ikan, ikan bakar dan telur dadar.
Hasil tangkapan: ikan duri, dimasak pada keesokan harinya.
Sunrise at Teluk Bayu
Jerai View, kelong yang kami sewa RM150 untuk satu malam. 2 bilik lengkap beserta dapur, tandas, televisyen. Walaupun agak oldskool, tapi pastinya boleh survive.
Selepas checkout, kami menuju ke Penang pula untuk misi berjalan suka ria, makan yang sedap2 dan segala jenis aktiviti gembira bersama.
Keterujaan di atas Jambatan Pulau Pinang.
Penang Hill. Kos menaiki train RM8. Sila tunjukkan MyKad bersama. Jikalau tidak, harganya boleh mencecah sehingga RM30.
Penang Hill
Hard Rock Hotel
Hard Rock Hotel
Penang Wall Art Street
Penang Wall Art Street
Penang Wall Art Street
Penang Wall Art Street
Penang Wall Art Street
Gambar bajet2 "Kurelakan jiwaaaa,"
@ Penang Wall Art Street
@ Penang Wall Art Street
Lain-lain tempat yang tiada dalam gambar:
1) Padang Kota untuk pekena pasemboq. Sediakan bajet kira-kira RM30.
2) Night Market, berhampiran Hard Rock Hotel. Sediakan bajet untuk shopping barangan seperti baju, seluar, alat hiasan rumah, CD/DVD, alatan elektronik, etc.
3) Nasi kandar beratur. Bajet dalam RM10-RM15.
4) Kassim Mustafa. Makanan wajib cuba: apung telur.
5) Pasar Chowrasta untuk membeli jeruk dan pekena laksa dan cendol.
6) Penang Ferry untuk merasa kejakunan sebagai tourist, dan ianya percuma! Cuma mungkin perlukan sedikit kesabaran beratur menunggu giliran.
Lain-lain kos:
1) Petrol dan tol kira-kira RM300 pergi balik dengan menaiki Proton Germany dari Kuala Lumpur.
2) Penginapan di Penang, Chulia Motel, RM130 satu malam. Tapi dinasihatkan untuk tidak stay di sini kerana bilik tidak berbaloi dengan harga.
Satu hari setengah untuk cover Penang memang tak cukup. Jadi haruslah kita buat misi seterusnya. Disebabkan bajet yang sangat limited, tak beli buah tangan langsung kecuali sepeket mangga jeruk untuk bonda.
Dan akhir sekali, gambar2 bajet cover album sekumpulan kugiran seni Geng Gila di bawah diambil di Queensbay Seaside.
Akhir kata, terimalah video pendek sedikit sebanyak aktiviti sepanjang ekspedisi ini. Pakai app je dulu, belum ada masa nak buat video betul2.
Sekian sahaja ekspedisi kali ini. Selamat kembali mengumpul duit untuk ekspedisi yang akan datang. Selamat kembali bekerja selepas 12 hari bercuti ditujukan kepada diri sendiri. Selamat mengakhiri 2013. Selamat semuanya, selamat, selamat, selamat!
26-29 December 2013
Sg Petani & Penang
Niksu, Yeen, Sara, Fakhrul, Nano.
Nota kaki: Seperti setiap tahunnya, aku selalu ada azam. Dan sebenarnya aku baru perasan, dalam diary 2013 ini, aku tak letak azam apa-apa langsung. Kosong. Patutlah heartless je sepanjang 2013 ni.


























No comments:
Post a Comment