Mar 22, 2015

Musim Mengawan.

Assalamualaikum.

Sekarang ni musim orang kahwin. Kawan-kawan kahwin to be exact. Kawan-kawan sekolah rendah, menengah, universiti, kenalan siber, kenalan pejabat, kawan-kawan dari mana entah datang. Semua nak kahwin.

Dan semestinya lagu tema kahwin tahun ni mestilah Ed Sheeran's Thinking Out Loud (kot).

I actually made a resolution to not attend any wedding this year. Lepas tu ramai bash balik tanya kenapa, tak baik to not attend majlis bila orang dah jemput, nanti I kahwin takda orang nak datang, and the bebelan goes on and on.

Tak ada reason pun sebenarnya. Just tak nak pergi. Tapi kadang-kadang rasa tersisih bila kita sorang-sorang single kat situ. And secara kebetulan, so far setiap jemputan kahwin yang dapat tahun ni, sentiasa clash dengan event-event yang lain. Even ada kawan suruh plan a short vacation on the exact date. And so I did. Lol.

But I have to break the resolution sebab I still HAVE TO attend to weddings somehow. Rugi lah kalau tak pergi dan makan nasi minyak bersama ayam masak merah, tambah-tambah bila dapat air sirap ais lagi-lagi musim panas sekarang, perghhh. Rugi lah tak berangan-berangan majlis kahwin yang diidamkan. Rugi lah tak join pengantin dan kawan-kawan bergambar berselfie nak upload ke Instagram.

Dan paling rugi lah tak kena tempias soalan "Niksu bila nak kahwin?"

Scripted answer dia ialah "tahun depan." Hahahahaha ok aminkan ye. Bye!

No comments: